Huraian teknikal pemancar DVB-T DVB-T

Skema sistem pemancaran DVB-T

Dengan merujuk pada gambarajah, berikut ialah huraian ringkas mengenai blok-blok pemprosesan isyarat.

  • Pengekodan sumber dan multipleksan MPEG-2 (MUX): video mampar, audio mampat, dan strim-strim data dimultiplekskan menjadi PS (Strim Program). Satu atau lebih PS dirapatkan menjadi MPEG-2 TS (Strim Pengangkutan MPEG-2); inilah strim digital asas yang dipancarkan dan diterima oleh Set Top Boxes (STB) di rumah. Kadar bit yang dibenarkan untuk data yang diangkut bergantung pada sebilangan parameter pengekodan dan modulasi: dari lebih kurang 5 hingga lebih kurang 32 Mbit/s (lihat gambarajah bawah untuk senarai penuh).
  • Pemisah: dua TS berbeza boleh dipancarkan pada satu masa yang sama, menggunakan teknik yang bergelar Pemancaran Berhierarki. Ini boleh digunakan untuk memancarkan, misalnya, satu isyarat SDTV (definisi biasa) dan satu isyarat HDTV (definisi tinggi) pada gelombang pembawa yang sama. Biasanya, isyarat SDTV lebih kaur berbanding isyarat HDTV. Pada penerimanya, tertakluk pada mutu isyarat yang diterima, STB mungkin dapat menyahkodkan strim HDTV atau, jika isyarat tidak cukup kuat, STB boleh beralih ke isyarat SDTV (begini, semua penerima yang cukup dekat dengan tapak pemancar boleh menerima isyarat HDTV, manakala yang lain, yang paling jauh pun, masih boleh menerima dan menyahkodkan isyarat SDTV).
  • Pengekod luaran: satu tahap pertama pembetulan ralat dikenakan pada data yang dipancarkan, menggunakan satu kod blok bukan binari, iaitu satu kod RS (204, 188) Reed-Solomon, membolehkan pembetulan sehingga maksimum 8 bait yang silap untuk setiap bingkisan 188 bait.
  • Pengekod dalaman: satu tahap kedua pembetulan ralat diberi oleh satu kod lingkaran bocor yang sering dipanggil dalam menu STB sebagai FEC (pembetulan ralat ke hadapan, forward error correction). Terdapat lima kadar pengekodan yang sah, iaitu: 1/2, 2/3, 3/4, 5/6, dan 7/8.
  • Pengantara lembar dalaman: urutan data disusun semula lagi, bertujuan mengurangkan pengaruh ralat ledakan (burst error). Kali ini, satu teknik pengantaralembaran blok diamalkan, dengan satu skema penetapan rambang palsu (sebenarnya ini dilakukan oleh dua proses pengantaralembaran berasingan, satu mengendali bit dan satu lagi mengendali kumpulan bit).
  • Pemeta: urutan bit digital dipetakan pada urutan simbol-simbol kompleks yang dimodulasi jalur asas. Terdapat tiga skema modulasi yang sah, iaitu: QPSK, 16-QAM, 64-QAM.
  • Penyesuaian bingkai: simbol-simbol kompleks itu dikumpulkan kepada blok-blok kepanjangan malar (1512, 3024, atau 6048 simbol seblok). Satu bingkai dijana, 68 blok panjangnya, dan satu superframe terdiri daripada 4 bingkai.
  • Isyarat pemandu dan TPS: untuk meringkaskan penerimaan isyarat yang dipancarkan melalui saluran radio terestrial, isyarat-isyarat tambahan dimasukkan dalam setiap blok. Isyarat pemandu digunakan ketika fasa penyelarasan dan penyamaan, sementara isyarat TPS (Pengisyaratan Parameter Pemancaran, Transmission Parameters Signalling) menghantar parameter-parameter isyarat yang dipancar dan untuk mengenal pasti sel pemancaran dengan tegas. Adalah diingatkan bahawa penerima mesti boleh menyelaraskan, menyamakan, dan menyahkodkan isyarat untuk mencapai maklumat yang dibawa oleh pemandu-pemandu TPS. Maka, penerima mesti tahu akan maklumat ini terlebih dahulu, dan data TPS hanya digunakan dalam kes-kes tertentu, seperti perubahan dalam parameter, penyelarasan semula, dsb.
Spektrum isyarat DVB-T dalam mod 8k.
  • Pemodulan OFDM: urutan blok-blok diubah mengikut teknik OFDM, menggunakan 2048, 4096, atau 8192 pembawa (masing-masing bermod 2k, 4k, 8k). Peningkatan bilangan pembawa tidak mengubah kadar bit muatan yang malar.
  • Pemasukan jeda kawalan: untuk mengurangkan kerumitan perumitan, setiap blok OFDM dilanjutkan, menyalin di hadapan hujung sendiri (awalan berkitar). Lebar jeda sebegini bolehlah 1/32, 1/16, 1/8, atau 1/4 daripada kepanjangan asal blok itu. Awalan berkitar diperlukan untuk mengendali rangkaian frekuensi tunggal, di mana mungkin adanya gangguan yang tidak boleh dihapuskan yang datang dari beberapa tapak yang memancarkan program yang sama pada frekeunsi pembawa yang sama.
  • DAC dan bahagian depan: isyarat digital diubah menjadi isyarat analog, dengan penukar digital ke analog (digital-to-analogue converter, DAC), kemudiannya dimodulasi menjadi frekuensi radio (VHF, UHF) oleh bahagian depan RF. Lebar jalur yang diduduki itu direka untuk menampung setiap isyarat DVB-T tunggal ke dalam saluran-saluran seluas 5, 6, 7, atau 8 MHz. Kadar sample jalur asas yang diberi pada input DAC bergantung pada lebar jalur saluran: iaitu f s = 8 7 B {\displaystyle f_{s}={\frac {8}{7}}B} sampel per saat, di mana B {\displaystyle B} ialah lebar jalur saluran dalam Hz.
Kadar-kadar bit yang sedia ada (Mbit/s) untuk sistem DVB-T dalam saluran-saluran 8 MHz
PemodulatanKadar pengekodanJeda kawalan
1/41/81/161/32
QPSK1/24.9765.5295.8556.032
2/36.6357.3737.8068.043
3/47.4658.2948.7829.048
5/68.2949.2169.75810.053
7/88.7099.67610.24610.556
16-QAM1/29.95311.05911.70912.064
2/313.27114.74515.61216.086
3/414.92916.58817.56418.096
5/616.58818.43119.51620.107
7/817.41819.35320.49121.112
64-QAM1/214.92916.58817.56418.096
2/319.90622.11823.41924.128
3/422.39424.88226.34627.144
5/624.88227.64729.27330.160
7/826.12629.02930.73731.668